Perwatakan, fizikal dan sumbangan Cleopatra

Terdapat dalam legenda bahawa Cleopatra cantik dari segi paras rupa tetapi bukti sejarah memberikan gambaran berlainan. Ahli sejarah mengatakan:

Jika anda berada di pesta koktel, anda akan melihatnya sekali pandang dan tidak akan tertarik untuk memandang buat kali kedua.

Baginda mempunyai hidung yang mancung yang memang ciri Ptolemy. Orang mengatakan jika hidung Cleopatra pendek sedikit, dunia mungkin akan berubah seperti kesan senyuman Mona Lisa terhadap pandangan dunia. Walau bagaimanapun, rupanya mampu diatasi dengan perwatakannya. Menurut penulis Yunani, Plutarch, baginda seorang yang kuat daya penarikannya, perbualan yang mengagumkan dan suaranya mampu menggembirakan semua orang.

Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tak kira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Yang menariknya, sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin.

Bagindalah satu-satunya ratu yang telah membangunkan semula negaranya, seorang ratu yang aktif dan telah menjauhkan Mesir dari Rom selama 20 tahun. Ketika penghujung zaman pemerintahan Cleopatra, baginda telah memerintah dengan begitu cekap sehingga khazanahnya telah menyebabkan kadar bunga hutang telah menurun sebanyak 2/3 apabila di bawa masuk ke Rom.

700 tahun selepas kemangkatan baginda, seorang yang warak di Mesir menggelarkan baginda Wanita yang Paling Popular dan Bijak. Itulah juga keabadian yang mungkin telah dipilih oleh baginda sendiri, abadi dan ternama dalam lipatan sejarah.